Kempen Wakaf Al-Quran

PERKONGSIAN DARI USTAZ HANAFI

BAGI KEMPEN WAKAF AL-QURAN

Objektif Kempen

Wakaf Al-Quran


Kempen Wakaf Al-Quran ini diwujudkan bagi membantu pusat tahfiz, institusi pengajian dan komuniti yang memerlukan mendapatkan naskhah Al-Quran yang mencukupi dan selesa digunakan.

Melalui kempen ini, kami menyasarkan untuk mengagihkan 500 naskah Al-Quran kepada penerima terpilih, agar lebih ramai pelajar dapat membaca, menghafaz dan mendalami kalam Allah dalam suasana pembelajaran yang lebih baik.

Setiap naskhah yang diwakafkan bukan sekadar sebuah Al-Quran, tetapi satu peluang untuk menyumbang kepada perjalanan ilmu seseorang. Selagi ayat-ayat Allah terus dibaca, dipelajari dan diamalkan, insya-Allah manfaatnya akan terus mengalir.

Bersama-sama kita sebarkan Al-Quran, luaskan manfaat dan hidupkan pahala yang berpanjangan.

AMANAH ANDA

SETIAP WAKAF ADA MAKNANYA

1
Al-Quran Naskhah Al-Quran yang diwakafkan akan disampaikan kepada mereka yang memerlukan untuk dibaca, dipelajari dan diamalkan.
2
Niat Wakaf Setiap wakaf disertakan dengan niat yang ikhlas, sebagai satu bentuk sedekah dan amal kerana Allah.
3
Manfaat Berterusan Selagi Al-Quran itu dibaca dan dimanfaatkan, insya-Allah kebaikannya terus mengalir kepada pewakaf.

KELEBIHAN AL-QURAN YANG

BAKAL ANDA HADIAHKAN

Kualiti Kertas & Ketebalan Mushaf
Waqaf & Ibtida Reading Guide
Hadis & Tafsir - A Guided Reflection
Islamic Asbabun Nuzul Educational Poster
TERIMA KASIH PARA PEWAKAF
0
Naskah Al-Quran Telah Dihantar
Al-Quran berjaya dihantar sejak tahun 2024 melalui amanah daripada para pewakaf.

MISI BANTUAN AL-QURAN YANG TELAH BERJAYA KAMI AMANAHKAN

Misi Bantuan Al-Quran
70 Naskah
Maahad Tahfiz Fathul Ulum,
Hulu Langat, Selangor
83 Naskah
Pusat Jagaan Rumah Kasih Harmoni,
Paya Jaras, Selangor
80 Naskah
Pusat Pengajian Hayatul Uloom
Hulu Langat, Selangor
20 Naskah
Maahad Tahfiz Integrasi Ilmi
Hulu Langat, Selangor
140 Naskah
Maahad Tahfiz Syababul Furqan
Sungai Besar, Selangor
30 Naskah
Tahfiz Ar-Raudhah
Tumpat, Kelantan
150 Naskah
Madrasah Al-Badriah
Jal Besar, Tumpat, Kelantan
← Slide Untuk Lihat Penghantaran Lain →

NIAT WAKAF

KEPADA SIAPA KITA BOLEH NIATKAN?

✓ Diri sendiri
✓ Ibu dan ayah
✓ Adik beradik
✓ Saudara mara
✓ Sahabat-sahabat
Anda boleh menetapkan niat wakaf atas nama diri sendiri atau insan yang anda sayangi.

Nama-nama ini boleh diniatkan pada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Setiap nama-nama yang anda niatkan ini akan ditampal di lembaran Al-Quran wakaf tersebut (seperti dalam gambar di bawah).

Niat Wakaf Al-Quran

Mudah-mudahan setiap niat wakaf anda, insya-Allah sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan kebaikan buat mereka. Semoga pahala ini mengalir berterusan selagi Al-Quran ini dimanfaatkan oleh anak-anak tahfiz. Ameen Ya Rabbal Alamin.

TRANSPARENSI

Setiap Penghantaran Akan Dikongsikan

Anda jangan risau. Setiap penghantaran Al-Quran ini akan di-update di dalam Facebook Page Pakaian Terakhir By Telaga Sinar & Jalinan Kasih TS (HQ Rasmi).

Sila follow Facebook Page kami untuk sentiasa mendapat info penghantaran daripada pihak kami.

Facebook Page Sinar Harapan
KEMPEN

USTAZ HANAFI

Kempen Ustaz Hanafi
CARA BERWAKAF

Langkah-Langkah Mudah Infak Secara Online

01
PILIH JUMLAH WAKAF Pilih jumlah yang ingin anda wakafkan melalui borang di bawah.
02
TETAPKAN NIAT WAKAF Nyatakan nama yang ingin anda niatkan untuk wakaf tersebut.
03
LENGKAPKAN MAKLUMAT WAKAF Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan teruskan pembayaran secara online.
AKAD WAKAF
"Saya dengan ini berwakaf sebanyak (  JUMLAH WANG YANG DIWAKAFKAN  ) atas nama (  NIAT WAKAF ATAS NAMA SIAPA  ) untuk salurkan ke pusat pengajian yang diuruskan oleh Program Jalinan Kasih"
PROGRAM JALINAN KASIH

Soalan Lazim (FAQ)

Ada persoalan mengenai Wakaf Al-Quran? Kami sediakan jawapan untuk membantu anda.

01 Apakah itu Program Jalinan Kasih dan siapa yang mengendalikannya?

Program Jalinan Kasih merupakan program yang diwujudkan oleh pihak TELAGA SINAR bagi menjalankan inisiatif kebajikan, termasuk Program Wakaf Al-Quran.

Melalui program ini, wakaf Al-Quran disalurkan kepada golongan yang memerlukan, khususnya pelajar tahfiz, madrasah dan pusat pengajian Al-Quran.

02 Apakah perbezaan Wakaf 1 Penama RM20 dengan Wakaf Sekeluarga RM290?

Wakaf 1 Penama — RM20 ialah wakaf secara bahagian. Satu naskhah Al-Quran boleh memuatkan sehingga 15 penama, termasuk penama daripada pewakaf lain.

Wakaf Sekeluarga — RM290 pula ialah wakaf untuk satu naskhah khas dengan pilihan 1 hingga 15 nama. Nama-nama yang dipilih dikhususkan untuk naskhah tersebut dan tidak dicampurkan dengan penama wakaf bahagian daripada keluarga lain.

Jika anda ingin mewakafkan satu naskhah khas untuk nama insan tersayang, pakej ini boleh menjadi pilihan anda.

03 Kalau pilih Wakaf Sekeluarga RM290, boleh letak satu nama sahaja?

Boleh! Anda boleh memilih antara 1 hingga 15 nama bagi satu naskhah khas. Tak semestinya perlu penuhkan semua 15 nama.

Anda bebas menentukan bilangan penama mengikut niat wakaf anda.

04 Kalau pilih tajaan 2 atau 10 orang pelajar, berapa naskhah Al-Quran?

Setiap pelajar yang ditaja diperuntukkan satu naskhah Al-Quran.

  • Tajaan 2 pelajar: 2 naskhah Al-Quran.
  • Tajaan 10 pelajar: 10 naskhah Al-Quran.
05 Bolehkah saya meletakkan nama diri sendiri, ahli keluarga atau arwah?

Boleh. Anda boleh meletakkan nama diri sendiri, ibu bapa, pasangan, anak-anak, ahli keluarga atau insan tersayang, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia, mengikut niat wakaf anda.

06 Bagaimana cara untuk memasukkan nama penama?

Mudah sahaja! Anda hanya perlu mengisi nama penama pada ruangan yang telah disediakan dalam borang tempahan di website ini.

Pastikan ejaan nama disemak dengan teliti sebelum menghantar borang.

07 Di manakah Al-Quran ini akan disalurkan?

Fokus utama penyaluran adalah kepada tahfiz, madrasah dan pusat pengajian Al-Quran.

Selain itu, Al-Quran juga boleh disalurkan kepada golongan yang memerlukan, surau, masjid, jabatan agama Islam atau tempat lain yang bersesuaian.

08 Bagaimana saya boleh melihat bukti penyerahan Al-Quran?

Bukti video penyerahan Al-Quran akan dikongsikan melalui halaman Facebook rasmi kami. Klik halaman di bawah untuk melihat perkongsian dan perkembangan program.

Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai program atau penyaluran wakaf, sila hubungi pihak pengurusan.

09 Di manakah lokasi pejabat TELAGA SINAR?
⌖
Pejabat TELAGA SINAR

15B, Block 2, Worldwide Business Park,
Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Malaysia.

Anda dialu-alukan untuk berkunjung ke pejabat kami. Sila hubungi pegawai kami terlebih dahulu sebelum datang bagi memudahkan urusan kunjungan.

Hubungi Pegawai Sekarang ↗
10 Jika saya ada pertanyaan atau masih keliru, siapa yang boleh saya hubungi?

Jika ada sebarang persoalan atau perlukan penjelasan lanjut mengenai pakej dan Program Wakaf Al-Quran, anda boleh menghubungi pegawai kami secara terus melalui WhatsApp.

HUBUNGI KAMI Pegawai Telaga Sinar 014-773 3238
WhatsApp Sekarang ↗

Kami sedia membantu menjelaskan sebarang persoalan agar anda lebih memahami program ini sebelum meneruskan wakaf.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (MYR)
WAKAF AL-QURAN RM60 3 NAMA
WAKAF SEKELUARGA RM290
PAKEJ TAJAAN UNTUK 2 ORANG PELAJAR RM580
PAKEJ TAJAAN UNTUK 10 ORANG PELAJAR RM2,900
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (MYR)
Caj Perkhidmatan Peniaga (MYR)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN