Jom Sertai Misi Pengumpulan
Al-Quran Wakaf Setiap Bulan
PERKONGSIAN DARI USTAZ HANAFI
BAGI KEMPEN WAKAF AL-QURAN
Objektif Kempen
Wakaf Al-Quran
Kempen Wakaf Al-Quran ini diwujudkan bagi membantu pusat tahfiz, institusi pengajian dan komuniti yang memerlukan mendapatkan naskhah Al-Quran yang mencukupi dan selesa digunakan.
Melalui kempen ini, kami menyasarkan untuk mengagihkan 500 naskah Al-Quran kepada penerima terpilih, agar lebih ramai pelajar dapat membaca, menghafaz dan mendalami kalam Allah dalam suasana pembelajaran yang lebih baik.
Setiap naskhah yang diwakafkan bukan sekadar sebuah Al-Quran, tetapi satu peluang untuk menyumbang kepada perjalanan ilmu seseorang. Selagi ayat-ayat Allah terus dibaca, dipelajari dan diamalkan, insya-Allah manfaatnya akan terus mengalir.
Bersama-sama kita sebarkan Al-Quran, luaskan manfaat dan hidupkan pahala yang berpanjangan.
AMANAH ANDA
SETIAP WAKAF ADA MAKNANYA
KELEBIHAN AL-QURAN YANG
BAKAL ANDA HADIAHKAN
MISI BANTUAN AL-QURAN YANG TELAH BERJAYA KAMI AMANAHKAN
Hulu Langat, Selangor
Paya Jaras, Selangor
Hulu Langat, Selangor
Hulu Langat, Selangor
Sungai Besar, Selangor
Tumpat, Kelantan
Jal Besar, Tumpat, Kelantan
NIAT WAKAF
KEPADA SIAPA KITA BOLEH NIATKAN?
Nama-nama ini boleh diniatkan pada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Setiap nama-nama yang anda niatkan ini akan ditampal di lembaran Al-Quran wakaf tersebut (seperti dalam gambar di bawah).
Mudah-mudahan setiap niat wakaf anda, insya-Allah sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan kebaikan buat mereka. Semoga pahala ini mengalir berterusan selagi Al-Quran ini dimanfaatkan oleh anak-anak tahfiz. Ameen Ya Rabbal Alamin.
Setiap Penghantaran Akan Dikongsikan
Anda jangan risau. Setiap penghantaran Al-Quran ini akan di-update di dalam Facebook Page Pakaian Terakhir By Telaga Sinar & Jalinan Kasih TS (HQ Rasmi).
Sila follow Facebook Page kami untuk sentiasa mendapat info penghantaran daripada pihak kami.
USTAZ HANAFI
Langkah-Langkah Mudah Infak Secara Online
Soalan Lazim (FAQ)
Ada persoalan mengenai Wakaf Al-Quran? Kami sediakan jawapan untuk membantu anda.
01 Apakah itu Program Jalinan Kasih dan siapa yang mengendalikannya?
Program Jalinan Kasih merupakan program yang diwujudkan oleh pihak TELAGA SINAR bagi menjalankan inisiatif kebajikan, termasuk Program Wakaf Al-Quran.
Melalui program ini, wakaf Al-Quran disalurkan kepada golongan yang memerlukan, khususnya pelajar tahfiz, madrasah dan pusat pengajian Al-Quran.
02 Apakah perbezaan Wakaf 1 Penama RM20 dengan Wakaf Sekeluarga RM290?
Wakaf 1 Penama — RM20
Bagi yang ingin berwakaf mengikut kemampuan, anda boleh memilih pakej Wakaf 1 Penama dengan sumbangan RM20 sahaja untuk satu nama.
Sumbangan ini akan digabungkan dengan sumbangan penama lain sehingga mencukupi nilai RM290 bagi satu naskhah Al-Quran.
Wakaf Sekeluarga — RM290
Jika anda ingin mewakafkan satu naskhah Al-Quran sepenuhnya, anda boleh memilih pakej RM290. Anda boleh meletakkan sehingga 15 nama dalam satu naskhah, atau memilih untuk meletakkan satu nama sahaja.
Jika anda memilih satu nama sahaja, naskhah Al-Quran tersebut akan dikhususkan untuk nama yang dipilih.
Kedua-dua pilihan ini memberi peluang kepada anda untuk melakukan wakaf Al-Quran mengikut kemampuan dan niat masing-masing.
03 Kalau pilih Wakaf Sekeluarga RM290, boleh letak satu nama sahaja?
Boleh! Anda boleh memilih antara 1 hingga 15 nama bagi satu naskhah khas. Tak semestinya perlu penuhkan semua 15 nama.
Anda bebas menentukan bilangan penama mengikut niat wakaf anda.
04 Kalau pilih tajaan 2 atau 10 orang pelajar, berapa naskhah Al-Quran?
Setiap pelajar yang ditaja diperuntukkan satu naskhah Al-Quran.
- Tajaan 2 pelajar: 2 naskhah Al-Quran.
- Tajaan 10 pelajar: 10 naskhah Al-Quran.
05 Bolehkah saya meletakkan nama diri sendiri, ahli keluarga atau arwah?
Boleh. Anda boleh meletakkan nama diri sendiri, ibu bapa, pasangan, anak-anak, ahli keluarga atau insan tersayang, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia, mengikut niat wakaf anda.
06 Bagaimana cara untuk memasukkan nama penama?
Mudah sahaja! Anda hanya perlu mengisi nama penama pada ruangan yang telah disediakan dalam borang tempahan di website ini.
Pastikan ejaan nama disemak dengan teliti sebelum menghantar borang.
07 Di manakah Al-Quran ini akan disalurkan?
Fokus utama penyaluran adalah kepada tahfiz, madrasah dan pusat pengajian Al-Quran.
Selain itu, Al-Quran juga boleh disalurkan kepada golongan yang memerlukan, surau, masjid, jabatan agama Islam atau tempat lain yang bersesuaian.
08 Bagaimana saya boleh melihat bukti penyerahan Al-Quran?
Bukti video penyerahan Al-Quran akan dikongsikan melalui halaman Facebook rasmi kami. Klik halaman di bawah untuk melihat perkongsian dan perkembangan program.
Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai program atau penyaluran wakaf, sila hubungi pihak pengurusan.
09 Di manakah lokasi pejabat TELAGA SINAR?
15B, Block 2, Worldwide Business Park,
Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Malaysia.
Anda dialu-alukan untuk berkunjung ke pejabat kami. Sila hubungi pegawai kami terlebih dahulu sebelum datang bagi memudahkan urusan kunjungan.
Hubungi Pegawai Sekarang ↗10 Jika saya ada pertanyaan atau masih keliru, siapa yang boleh saya hubungi?
Jika ada sebarang persoalan atau perlukan penjelasan lanjut mengenai pakej dan Program Wakaf Al-Quran, anda boleh menghubungi pegawai kami secara terus melalui WhatsApp.
Kami sedia membantu menjelaskan sebarang persoalan agar anda lebih memahami program ini sebelum meneruskan wakaf.